
PUSSYCAT DOLLS sudah penat menjadi 'adik-beradik' untuk 24 jam sehari dan telah membuat keputusan untuk berehat daripada industri muzik.
Bagaimanapun, akui ahli kumpulan itu, Melody Thornton, mereka hanya berehat dan bukannya berpecah.
Kumpulan itu turut dianggotai oleh Nicole Scherzinger, Ashley Roberts, Kimberly Wyatt dan Jessica Sutta.
"Memang kami sukakan muzik dan akan meneruskan karier itu. Tapi buat masa ini Pussycat Dolls memerlukan rehat. Ia adalah seperti anda bersama kakak atau adik anda selama 24 jam sehari dan anda perlu masa bersendirian.
"Kami bukannya berpisah seperti apa yang dikatakan orang ramai tetapi cuma berehat."
Bulan lalu, masa depan Pussycat Dolls menjadi tanda tanya ramai apabila seorang wartawan melaporkan bahawa salah seorang anggota kumpulan itu menarik diri kerana cemburu dengan populariti Nicole.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: