Monday, September 28, 2009

Pusingan akhir Bintang Lumix 2009


SEBAHAGIAN daripada calon yang layak ke peringkat akhir pertandingan Pencarian Bintang Panasonic Lumix 2009.


Memiliki raut wajah yang cantik dengan personaliti yang ceria serta mempunyai bakat tersendiri adalah antara kriteria wajib para peserta dalam pertandingan Pencarian Bintang Panasonic Lumix 2009.

Selain paras rupa, pertandingan yang memberi keutamaan kepada kredibiliti dan bakat diri seseorang sudah pun memasuki pusingan separuh akhir sebelum mengorak langkah ke peringkat akhir.

Selepas proses pemilihan yang menerima penyertaan peserta dari seluruh negara, Panasonic Malaysia selaku penganjur rasmi pertandingan itu telah mengumumkan seramai 20 orang peserta yang layak ke peringkat akhir baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Tony Endoh, beliau gembira dengan respons daripada orang ramai untuk pertandingan pencarian bintang itu yang diadakan buat julung-julung kalinya.

"Kami mempunyai beberapa peserta yang masih muda yang berumur 17 tahun tetapi mereka ada potensi dan bakat dalam bidang peragaan. Sebilangan daripada para peserta merupakan pelajar-pelajar universiti dan ada yang terdiri daripada eksekutif.

"Tatkala menyaksikan imej mereka yang sentiasa ceria, menawan dan teruja membuktikan pengalaman menyertai pertandingan ini sebenarnya memberi manfaat," katanya pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Orang ramai yang ingin memilih 12 orang peserta pusingan akhir pertandingan itu boleh membuat pengundian secara talian. Mereka hanya perlu melayari laman web kelab Lumix iaitu www.facebook.com/mylumixclub untuk membuang undi masing-masing kepada peserta pilihan. Pada masa yang sama mereka juga berpeluang memenangi e-baucer Panasonic yang bernilai lebih RM20,000.

Undian secara talian itu bermula sejak 12 sehingga 22 September lalu. Tiga pemenang pertama bakal memenangi e -baucer bernilai RM1,000. Sementara itu, pusingan akhir pertandingan tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober ini di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Sempena acara yang gilang gemilang itu, pertandingan fotografi turut dibuka kepada orang ramai. Hadiah utama kamera Lumix DMC-G1 dan e-baucer bernilai RM1,000 menanti para peserta.

"Pengguna kamera Lumix juga akan menerima e-baucer tambahan bernilai RM500 jika mereka menang. Justeru, orang ramai dan para jurugambar dijemput untuk berada lebih awal di pusat tersebut untuk merakam gambar terbaik para peserta akhir dan memenangi hadiah itu.

Orang ramai boleh mendapat profil dan gambar 20 orang separuh akhir di laman web dan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu melalui www.panasonic.com.my/lumixstar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: