Sunday, September 27, 2009

Prestasi unggul untuk perniagaan


MOdel yang disasarkan untuk golongan peniaga.


PENGELUAR produk teknologi terkenal, Dell baru-baru ini telah memperluaskan siri pengkomputeran Vostro menerusi pengenalan model Vostro 1220.

Dengan rekaan bergaya, nipis dan ringan, ia dibangunkan secara eksklusif untuk golongan peniaga kecil yang mahukan tawaran ketahanan bateri serta sekuriti tanpa kompromi.

Didatangkan bersama skrin seluas 12.1 inci, model berkenaan dipacu menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo dengan ketahanan bateri selama sembilan jam sesuai untuk kegunaan peniaga yang sering mengembara.

Menurut Pengurus Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Dell Asia Selatan, Khoo Teng Guan model tersebut diperkenalkan berdasarkan permintaan daripada pengguna.

''Pengguna hari ini mahukan komputer riba dengan prestasi terbaik, berkuasa, sistem sekuriti yang terjamin serta tahan lama bagi memenuhi keperluan pengkomputeran mobiliti mereka,'' katanya.

Dari segi produktiviti, model berkenaan dilengkapi dengan penyelesaian perisian persidangan video lengkap seperti laman bual Dell, integrasi kamera web dan juga mikrofon.

Bagi fungsi sekuriti pula, ia didatangkan bersama bacaan cap jari serta perisian sistem isyarat lambaian.

Dari segi kemudahan akses kepada Internet, model ini dilengkapi dengan capaian wayarles 802.11 atau pilihan penyelesaian jalur lebar binaan luar.

Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran bermula RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi dari laman web www.dell.com/vostro.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: