
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berkata, beliau berikar tidak akan teragak-agak dalam usaha untuk memburu kumpulan Al-Qaeda dan sekutu-sekutunya semasa memperingati ulang tahun ke-8 kejadian serangan 11 September 2001 di negara itu.
Obama menghadiri majlis itu yang diadakan di bangunan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) di sini buat pertama kalinya sebagai Presiden AS.
"Marilah kita memperbaharui semula tekad kami menentang mereka yang melakukan tindakan kejam itu dan rancangan untuk menentang kita semula.
"Dalam mempertahankan negara kita, kita akan mengalah," kata Obama.
Selepas majlis itu, Obama dan isterinya, Michelle bersama Setiausaha Pertahanan, Robert Gates menemui keluarga mangsa serangan itu yang menyebabkan 184 orang terbunuh.
Sebuah pesawat merempuh sebahagian bangunan Jabatan Pertahanan AS di Washington pada 11 September itu.
Obama menghadiri majlis itu selepas turut memperingati satu lagi kejadian serangan rempuhan dua pesawat yang menyebabkan bangunan World Trade Centre (WTC) di New York runtuh pada 11 September 2001 di New York.
Kira-kira 160 kakitangan White House berdiri memperingati tragedi itu dalam suasana senyap di sekeliling Obama.
Hampir 3,000 penduduk terbunuh akibat rempuhan dua pesawat yang dirampas oleh pengganas itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: