![]() |
| MANDIRA sangat mementingkan kesempurnaan dalam segala segi. |
PERASAAN takut gagal dalam kehidupan menjadikan pelakon televisyen dan hos terkenal Bollywood, Mandira Bedi selalu melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Maka tidak hairan apabila dia berjaya menempatkan diri di sebalik lambakan pelakon-pelakon baru sedia ada. Dalam lapangan kerja sebagai hos juga, dia yang bergandingan dengan Akshay Kumar dalam program realiti Khatron Ke Khiladi-Level 2 bersungguh-sungguh melakukan tugasannya kerana bimbang gagal.
"Saya baru sedar yang ketakutan sebenar saya adalah takut gagal. Takut gagal lebih tebal daripada saya takutkan binatang, lemas atau gayat. Walaupun saya tidak sukakan itu semua, tapi saya lebih benci kalau saya gagal," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: