![]() |
| |
KETIKA Cinta Bertasbih tidak mempunyai banyak kekurangan berbanding filem-filem keislaman yang semakin menjadi trend di Indonesia. Ceritanya masih berkisar tentang cinta dari landasan Islam.
Bagaimanapun, mendengar runut bunyi yang dihasilkan oleh pasangan genius muzik Indonesia, Melly Goeslow dan Anto Hoed, keberanian mereka dalam menggarap lagu-lagu berunsur moden membuat album ini lain daripada runut bunyi Islamik yang lain. Kepakaran mereka menghasilkan melodi yang variasi menjadikan Ketika Cinta Bertasbih luar biasa.
Pasangan ini berani menggabungkan elemen futuristik dan irama padang pasir dengan lirik bercampur bahasa dalam karya mereka, Ya Habibi. Ini adalah sebuah lagu cinta. Lagu memuja yang diisi dengan bahasa Jepun, Cina, Indonesia dan kedengaran 'keluar carta' berbanding lagu Islamik biasa.
Menanti Cinta dendangan Kris Dayanti begitu menyentuh dengan liriknya yang sangat mengharapkan sebuah cinta dan itu dipohon daripada Tuhan - lirik cinta yang tidak tipikal seperti kebanyakan lagu cinta yang hanya merayu kepada pasangan kekasih untuk dicintai.
Sementara pada skor muzik untuk lagi Menanti Cinta, ia digarap dalam balutan string yang membuai. Hanya apa yang membuatkan album ini tidak begitu hebat adalah melodi yang dikitar semula Melly dan Anto seperti yang pernah ada dalam runut bunyinya seperti Heart.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: