Monday, September 28, 2009

Lelong rokok berjenama di Pudu


bekas rokok yang dijual RM10 secara lelong di Pasar Pudu dianggap mempersendakan kempen kerajaan.


KUALA LUMPUR - Rokok raya!

Ketika kerajaan bertegas menetapkan harga minimum rokok, ada peniaga cuba menjualnya secara lelong di Pasar Pudu sepanjang musim perayaan ini.

Jika harga paling murah bagi sekotak rokok berisi 20 batang sekitar RM6 tetapi peniaga terbabit menjualnya pada harga murah serendah RM4 bagi satu bekas yang mengandungi 90 batang.

Malah bagi menarik minat pembeli, peniaga itu menjualnya secara pakej iaitu RM10 bagi tiga buah bekas yang dianggarkan mengandungi 270 batang kesemuanya.

Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati peniaga terbabit menjual rokok tersebut secara terbuka dan ia ditawarkan secara lelongan sejak hari raya kedua lagi.

Wartawan sempat bertanya kepada peniaga terbabit adakah rokok itu diseludup namun peniaga itu menafikannya dan mendakwa ia diperoleh secara borong dari kilang rokok di negara ini.

Persoalan yang timbul, bagaimana rokok yang boleh diistilahkan sudah 'terbuang' itu boleh diperoleh secara mudah dari kilang rokok yang berjenama terkenal?.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: