Saturday, September 12, 2009

'Kekasih PM Itali' mahu jadi aktres


LEITIZIA tiba untuk menghadiri Festival Filem Venice di Itali kelmarin.


VENICE - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi terus mendapat malu apabila gadis yang dikaitkan dengan perceraiannya, Naomi Leitizia muncul di Festival Filem Venice kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Letizia, 18, mencetuskan sensasi di festival filem berprestij itu apabila dia mengumumkan impiannya untuk menjadi seorang aktres.

Sebelum ini, isteri perdana menteri berusia 72 tahun itu menyatakan bahawa hubungan rapat antara Letizia dengan suaminya merupakan sebab utama beliau menuntut cerai.

Suasana di festival berkenaan kecoh apabila wartawan dan krew perfileman menyerbunya ketika dia bercakap.

"Impian saya ialah untuk menjadi seperti Sophia Loren (aktres legenda Itali) dan aktres Amerika lain. Saya gembira berada di sini (Festival Filem Venice) kerana saya mahu berlakon. Orang ramai akan belajar mengenali dan menyayangi saya," tabahnya.

Leitizia tiba di festival itu tanpa diundang dengan menaiki sebuah bot. Dia memakai pakaian cerah yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: