Friday, September 4, 2009

Bakal PM Jepun beri hadiah topi keledar


YUKIO (kiri) menyerahkan sebuah topi keledar bola sepak Amerika kepada John Roos dalam satu majlis di Tokyo semalam.


TOKYO - Bakal Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama menghadiahkan sebuah topi keledar miliknya kepada Duta Amerika Syarikat (AS), John Roos pada pertemuan pertama mereka di sini semalam.

Hatoyama, 62, merupakan pelajar kejuruteraan manakala Ross belajar dalam jurusan undang-undang di Universiti Stanford, California pada 1970-an.

Pertemuan bakal pemimpin Jepun dan wakil AS itu diadakan dalam suasana tertutup di ibu pejabat Parti Demokratik Jepun (DPJ).

"Kami menghabiskan masa berbincang mengenai peningkatan hubungan dua hala dalam pelbagai isu termasuk isu strategik, saintifik dan kebudayaan," kata Roos.

Pertemuan itu merupakan saat yang ditunggu-tunggu ramai pihak kerana khuatir Tokyo mengubah dasar luar setelah DPJ menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang mentadbir Jepun sejak 54 tahun lalu.

Kebanyakan penganalisis berkata tidak ada perubahan besar selepas Hatoyama mengangkat sumpah jawatan pada 16 September ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: