Tuesday, August 25, 2009

Polis Bangladesh ambil kursus kemasan diri

DHAKA - Polis Bangladesh bakal melahirkan anggota-anggota polis yang lebih kemas dan berkeyakinan semasa melakukan rondaan selepas seorang pakar kecantikan dipanggil untuk memberikan panduan kemasan diri kepada rekrut baru.

Kaniz Almas Khan, pemilik salon kecantikan di ibu kota Bangladesh, Dhaka dan Thailand diminta memberikan bimbingan dandanan diri kepada 140 rekrut baru di sebuah akademi di barat daya negara berkenaan, kata wanita itu semalam.

"Saya terkejut dengan permintaan tersebut tetapi gembira kerana semakin ramai orang mengambil berat tentang penampilan mereka," katanya.

"Anggota-anggota polis lelaki mahu kelihatan menarik seperti juga rakan sekerja wanita.

"Mereka mahukan pelbagai nasihat seperti padanan warna dan jenis wangian yang sesuai dengan mereka," tambah pakar kecantikan itu.

Ketua Akademi Polis Sharda, Mazharul Haque berkata, projek perintis berkenaan berupaya meningkatkan keyakinan diri pegawai polis selain memperbaiki penampilan mereka.

"Ini kali pertama kami mengundang pakar kecantikan untuk memberikan kelas kemasan diri," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: