
SHAH ALAM - Polens (M) Sdn. Bhd. (Polens), sebuah syarikat pengeluar produk herba tempatan menyasarkan peningkatan jualan Teh Herba Misai Kucing kepada 180,000 kotak sepanjang Ramadan berbanding 100,000 kotak setiap bulan di seluruh negara.
Pengurus Operasi Polens, Azman Jamaluddin berkata, sasaran itu berdasarkan pakej buah kurma berkualiti tinggi yang ditawarkan pihaknya kepada para pelanggan secara percuma dengan pembelian setiap kotak produk minuman kesihatan tersebut.
Menurutnya, pelanggan produk keluarannya itu terutama pengidap diabetes juga dijangka meningkat kerana Ramadan adalah bulan terbaik untuk mereka menurunkan tahap glukosa darah dengan mengamalkan minuman berkenaan.
"Teh herba ini juga terkenal sebagai egen detoksifikasi dan antioksiden yang membantu merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, infeksi saluran pundi kencing dan gout selain mengimbangi tekanan darah.
"Produk yang dihasilkan dari sebuah ladang tanaman misai kucing seluas 40 hektar di Rawang ini boleh didapati di 500 farmasi dan pasar raya di seluruh negara," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: