|
|
RIO DE JANEIRO - Sekumpulan pelacur di sini beraksi sebagai model segera bagi memperagakan koleksi terbaru jenama fesyen Daspu yang diasaskan sendiri oleh mereka empat tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Jenama fesyen tersebut dilancarkan bagi memerangi diskriminasi terhadap profesion pelacuran selain membuka peluang kepada mereka meraih pendapatan tetap.
Model-model itu girang memperagakan koleksi musim panas 2010 yang terdiri daripada pakaian beraneka corak dan warna di atas pentas yang didirikan di Dataran Tiradentes iaitu kawasan di mana kira-kira 300 pelacur menjalankan operasi mereka.
"Apabila rakan-rakan pelacur saya berjalan dengan begitu cantik dan bangga, mereka menzahirkan perasaan mereka dan menjadi pencetus revolusi," kata Gabriela Leite selepas pertunjukkan tamat.
Leite, 57, iaitu seorang bekas pelacur melancarkan jenama Daspu yang bermaksud sundal dan butik mewah Daslu di bandar raya Sao Paulo.
Turut menonjol pada malam itu ialah beberapa baju-T dan dres singkat yang tersemat perkataan penuh kontroversi yang bermaksud hidangan sundal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: