![]() |
| |
BUKIT MERTAJAM - Semua pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPD- NKK) di setiap negeri telah diarahkan membuat pemantauan secara teliti berhubung perjalanan penghantaran gula bermula dari ia keluar dari kilang sehingga lokasi ia dipasar- kan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu telah dikeluarkan semalam bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula yang dihadapi beberapa negeri ketika ini terutama di Kelantan.
"Mulai hari ini (semalam), saya dah arahkan kepada semua Pengarah (KPDNKK) di negeri-negeri supaya membuat pemantauan perjalanan gula bermula dari tempat ia dikeluarkan di kilang dan ke mana ia dipasarkan.
"Kita nak pantau dengan teliti dan saya mahukan laporan mengenainya setiap minggu kerana saya rasa kalau pemantauan ini dibuat dengan teliti, masalah ini (kekurangan gula) tidak akan timbul," katanya ketika membuat pemeriksaan bekalan makanan di Jimat Minimart, Kubang Semang di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: