Monday, August 24, 2009

Gula dua metrik tan licin diserbu


ORANG RAMAI menyerbu sebuah lori untuk mendapatkan bekalan gula di Lembah Sungai Perak, Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Tidak sampai sejam setengah, dua metrik tan gula habis dijual kepada orang ramai.

Itulah senario yang berlaku di Pasar Tani Lembah Sungai Perak di sini, selepas sebuah syarikat pemborong gula terbesar di Sungai Siput dekat sini mengadakan jualan gula terbuka pagi semalam.

Jualan yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kuala Kangsar itu nyata berjaya menarik perhatian pengunjung pasar tani tersebut walaupun setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua kilogram setiap seorang.

Ketua Cawangan PDNKK Kuala Kangsar, A. Razak Shaari berkata, jualan terbuka itu bertujuan membuktikan kepada orang ramai bahawa masalah bekalan gula di daerah itu tidak meruncing seperti yang disangka.

"Atas sebab itu, PDNKK Kuala Kangsar bekerjasama dengan pemborong-pemborong gula dan jualan seperti ini telah membuka mata masyarakat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: