Wednesday, August 26, 2009

Mayat berpakaian wanita


SEORANG anggota bomba menarik mayat lelaki yang berpakaian wanita dari kolam takungan banjir di Jalan Air Tawar, Setapak kelmarin.


KUALA LUMPUR - Mayat disangka wanita yang ditemui oleh seorang pemancing di kolam takungan banjir Jalan Air Tawar Setapak di sini kelmarin sebenarnya seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh.

Ketika ditemui pukul 3 petang kelmarin, mayat yang memakai baju T berwarna biru, memakai pakaian dalam wanita, gaun midi berwarna ungu dan berambut kerinting mencecah bahu itu pada mulanya turut disangka mati lemas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, selepas bedah siasat, pihaknya terperanjat apabila dimaklumkan terdapat beberapa kesan tetakan pada kepala dan belakang badan mangsa.

Katanya, selain itu, bedah siasat turut menemui satu kesan tikaman di perut mangsa yang disahkan menjadi punca kematiannya.

"Kita juga dimaklumkan oleh doktor yang mangsa sebenarnya seorang lelaki dan bukanlah wanita seperti yang dimaklumkan semalam (kelmarin).

"Kita percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kolam tersebut,'' katanya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: