KUALA LUMPUR - Kesesakan jemaah di Masjid Jamek di sini sehingga melewati kawasan pejalan kaki Stesen Transit Aliran Ringan Masjid Jamek ketika solat Jumaat mungkin disebabkan peningkatan kehadiran jemaah secara bermusim.
Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kesesakan yang berlaku di masjid tersebut menunjukkan satu petanda baik terutama pada bulan Ramadan. Katanya, ia menunjukkan penggunaan masjid dan kehadiran para jemaah yang optimum.
"Lokasi masjid itu di tengah Kuala Lumpur menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat baik warga tempatan mahupun warga luar negara. Oleh itu tidak hairanlah berlaku kebanjiran pada waktu-waktu tertentu seperti ketika solat Jumaat terutama pada bulan mulia ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ditanya sama ada kerajaan mempunyai hasrat atau perancangan untuk membesarkan atau menambah masjid di ibu kota bagi menampung jemaah itu, beliau berkata, masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur masih mencukupi lagi menampung keperluan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: