Wednesday, August 26, 2009

Empat program masakan istimewa di RTM

Program masakan dilihat membantu masyarakat menyediakan sajian berbuka puasa yang seimbang untuk amalan sepanjang Ramadan, di samping mempunyai kepelbagaian cita rasa untuk dicuba penonton.

Untuk itu, RTM menjanjikan empat program masakan istimewa, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11 pagi), Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi), Diet @ Ramadan (mulai 24 Ogos 2009, Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi) dan Aneka Rasa Ramadan (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10 pagi).

Berkonsepkan sajian sihat dari negara-negara Islam seluruh dunia, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan membawakan hidangan menepati pelbagai selera dari negeri-negeri berbilang budaya di Malaysia.

Restoran yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyajikan hidangan masakan dari Timur Tengah juga turut dipaparkan.

Rancangan 13 episod yang dihoskan Chef Wan ini juga menjemput chef selebriti lain seperti Chef Zaidah, Chef Zamzani, Chef Florence Tan, dan juga anak Chef Wan sendiri iaitu Chef Riz untuk berkongsi masakan.

Menyusul program masakan, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan yang menampilkan hos, Chef Nazri Redzuwan dan dan tetamu undangan seperti Safura, Maimon Talib, Normala Omar, Farah Putri dan Nadia Mustafa di mana pada setiap segmen yang akan memasak tiga jenis kuih iaitu kuih tradisional, masakan moden, kek dan biskut raya. Manakala segmen ketiga akan dilakukan di rumah tetamu undangan sama ada di halaman rumah ataupun di dapur.

RTM turut membawakan program Diet @ Ramadan yang tampil dengan segmen info antaranya memaparkan mengenai Puasa dan Aspek kesihatan.

Diikuti dengan segmen Rambang Mata yang mana beberapa orang rakyat Malaysia akan di temu ramah mengenai cara pemakanan mereka di bulan puasa. Segmen seterusnya akan menunjukkan demonstrasi masakan daripada chef terkenal Malaysia iaitu Chef Kamarul.

Manakala dalam segmen terakhir, seorang doktor akan ditemu bual membincangkan berkaitan penyakit Jantung Kordinari dan kesan penyakit terhadap individu yang menjalani ibadah puasa.

Selain itu, penonton juga berpeluang mencuba resipi menarik antaranya, Nasi Tarjine Ikan Jenahak, Paru Masak Cili Berempah, Kerutub Ayam Bulu Balik, Gulai Kawah Rebung Masam, Nasi Lobak Merah, Otak-otak Dedaun Tenggiri dan Ketupat Jagung Bermadu menerusi Aneka Rasa Ramadan, rancangan 13 episod yang memaparkan kepada penonton tentang penyediaan masakan yang sesuai untuk hidangan ketika berbuka puasa.

Menampilkan Chef Liza sebagai pengacara dengan tetamu jemputan, Haryati Hamzah, Zul Yahya, Kuza, Kismah Johar, Acong (Sweetchild), Nor Albaniah dan YBhg. Dato Osman Salleh.

Kepada anda yang ingin mencuba pelbagai resipi menarik sambil mementingkan aspek kesihatan usah ketinggalan menonton empat program masakan istimewa ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: