Sunday, August 23, 2009

Daniel Radcliffe tidak mahu pegang watak The Hobbit

Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter dalam filem popular, "Harry Potter and the Half-Blood Prince".

DANIEL Radcliffe mengatakan dia tidak mahu memegang watak utama sebagai The Hobbit.

Bintang Harry Potter itu sebelum ini sering dikaitkan dengan watak itu, tetapi menurutnya dia mahu supaya orang lain yang berlakon watak itu.

Walaupun belum menerima tawaran mengenainya, Daniel tetap bertegas tidak mahu memikul tanggangjawab itu kerana wujud persamaan diantara watak tersebut dengan filem Harry Potter lakonannya.

Pengarah David Yates, (kiri) duduk bersama pelakon-pelakon, Daniel Radcliffe, Rupert Grint, (kedua dari kanan) dan Bonnie Wright semasa set penggambaran "Harry Potter and the Half-Blood Prince."

Dia tidak mahu melakonkan watak seorang yang mempunyai kuasa sihir lagi.

Baginya pelakon Scotland James McAvoy lebih sesuai untuk melakonkannya kerana aktor itu juga pernah berlakon dalam filem fantasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: