Monday, December 1, 2014

Perkahwinan Mega 1Malaysia


ROHANI (duduk di tengah) bersama Wan Mohamad (duduk dua dari kanan) dan Othman (duduk tiga dari kanan) bergambar bersama 18 pasangan pengantin pada Majlis Mega Seri Pengantin 2014 di Kuala Lumpur semalam.


PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan menganjurkan Perkahwinan Mega 1Malaysia yang terbuka kepada semua kaum di negara ini pada tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, perancangan itu tercetus selepas kejayaan Majlis Mega Seri Pengantin 2014 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pasangan seluruh negara.
“Mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) untuk pertanyaan lanjut.
“Bagaimanapun, lokasi, masa dan tarikh masih diperincikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Mega Seri Pengantin 2014 di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: