Saturday, April 20, 2013

Kumpulan PAC selamat pulang


TENGKU AHMAD NOOR (kiri) menyambut kepulangan anggota PAC yang bertugas pada Ops Daulat di Pangkalan TUDM Subang, Selangor semalam.


SUBANG – Selepas 66 hari bertarung nyawa dalam Ops Daulat menentang pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akhirnya tugas sekumpulan 160 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berakhir dan selamat pulang di sini semalam.
Mereka yang diterbangkan khas menaiki pesawat AirAsia dari Tawau selama kira-kira dua jam dan tiba pukul 6.50 petang di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sejurus tiba, anggota Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) itu yang beragama Islam melakukan sujud syukur sebagai tanda selamat pulang.
Kepulangan wira-wira negara itu disambut Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik sebelum dibawa ke Kem Terendak, Melaka bagi menghadiri satu majlis khas meraikan kepulangan mereka.
Menurut Tengku Ahmad Noor, anggota ATM itu merupakan kumpulan pertama ditugaskan ke Lahad Datu pada 13 Februari lalu.
“Kumpulan pertama ATM ini telah berjaya membunuh seramai 18 pengganas Sulu di Lahad Datu dan ia merupakan satu kejayaan besar,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment