Saturday, April 6, 2013

'Cinta Jangan Pergi' Disiarkan Dua Jam Pada Sabtu


Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bergandingan dalam Cinta Jangan Pergi.
PETALING JAYA: Drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang sepatutnya disiarkan selama sejam pada setiap Sabtu dan Ahad di TV9 akan ditayangkan selama dua jam pada Sabtu (hari ini).
TV9 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat berkata, perubahan itu disebabkan saluran itu akan memberi laluan kepada rancangan Hip TV yang akan membuat lintas langsung liputan eksklusif karpet merah, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).
ABPBH 2012 bakal disiarkan secara langsung pada Ahad, pukul 8.30 malam dari Stadium Putra, Bukit Jalil, dekat sini.
Kata kenyataan itu, disebabkan perubahan jadual siaran berkenaan Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Nadiya Nisaa akan menemui penonton selama dua jam berturut-turut.
“Bagaimanapun pada minggu berikutnya, drama itu akan disiarkan seperti biasa iaitu setiap Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam,” katanya kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment