Wednesday, April 10, 2013

6,000 guru berbaris di tepi jalan


SEBAHAGIAN daripada 6,000 guru yang berbaris di tepi sebatang jalan raya yang menghubungkan Copenhagen dan Roskilde di Denmark semalam.


COPENHAGEN - Seramai 6,000 orang guru di sini sanggup berbaris di tepi sebatang jalan sepanjang 35 kilometer di Denmark semalam.
Guru-guru tersebut berbaris di sebatang jalan utama di antara bandar raya Copenhagen dan bandar Roskilde bagi membantah keputusan pihak majlis perbandaran yang tidak membenarkan mereka mengajar di sekolah-sekolah.
Pihak majlis perbandaran tempatan melaksanakan larangan itu selepas kata sepakat gagal dicapai berhubung jumlah jam yang diperuntukkan untuk guru-guru mengajar di sekolah.
Kerajaan Denmark mahu guru-guru diperuntukkan jumlah jam yang lebih banyak untuk mengajar.
Bagaimanapun, kesatuan guru menolak tuntutan tersebut.
Larangan terhadap 52,000 guru untuk mengajar itu menjejaskan kira-kira 875,000 pelajar di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: