Saturday, May 14, 2011

Sekilas pandang tentang KFC



KFC telah ditubuhkan sebagai Kentucky Fried Chicken oleh Colonel Harland Sanders pada tahun 1952. Bagaimanapun, idea asal untuk mewujudkan jenama itu telah bermula sejak tahun 1930 lagi.

Pada tahun 1980, Sanders, individu yang bertanggungjawab ‘melahirkan’ KFC meninggal dunia. Walaupun, setelah setelah pemergiannya, nama ‘Colonel Sanders’ atau ‘The Colonel’ kekal menjadi sebahagian daripada figura tulen yang masih terdapat pada KFC.

Aspek itu ternyata terus diingati oleh semua orang sehingga ke hari ini.

KFC adalah salah sebuah rantaian restoran makanan segera yang berpangkalan di Louisville, Kentucky, di Amerika Syarikat ini menggunakan singkatan nama KFC pada 1991 dan mula menggunakan nama asal syarikat, Kentucky Fried Chicken pada April 2007 untuk papan tanda, pembungkusan, dan pengiklanan di negara asalnya Amerika Syarikat sebagai program penjenamaan semula.

Resipi rahsia The Colonel terkenal dengan kelazatan ayamnya yang mengandungi campuran 11 herba dan rempah istimewa sehingga menghasilkan slogan ‘sehingga menjilat jari’ masih kekal menjadi suatu rahsia.

Biarpun begitu, KFC telah menukar slogan kepada ‘so good’ baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: