Saturday, May 14, 2011

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: