Thursday, May 26, 2011

SBT berjaya tarik minat negara luar


KA SIONG (tengah) beramah mesra dengan pengetua-pengetua sekolah selepas perasmian Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 2 2011 di Putrajaya semalam.


YA – Inovasi Kementerian Pelajaran Melaysia untuk mewujudkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) berjaya menarik minat beberapa negara luar bagi tujuan penanda aras prestasi pendidikan di negara mereka.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar kecil) berkata, antara negara yang sudah melawat beberapa SBT di negara ini adalah Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland.

“Ini membuktikan bahawa sekolah-sekolah ini berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kolaborasi,” katanya pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 2 2011 di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, sembilan buah sekolah yang berjaya dinaik taraf adalah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Terengganu, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

“Sekolah-sekolah lain adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kelantan, Sekolah Menengah Sains Kuching, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu, Sarawak,” tambah beliau.

Muhyiddin turut gembira apabila sasaran untuk menambah bilangan SBT sebanyak 52 buah tahun ini tercapai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: