Tuesday, May 10, 2011

Sabiq FC cuba nasib kerana tarikan hadiah lumayan


HADIAH lumayan menarik perhatian Sabiq FC untuk beraksi pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! tahun ini.


KUALA LUMPUR - Hadiah-hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! ternyata menjadi satu tarikan kepada pasukan Sabiq FC untuk menyertai kejohanan itu akhir bulan ini.

Pengurus pasukan, Mazlan Sukiyo, 37, berkata, hadiah wang tunai paling tinggi iaitu RM25,000 bagi juara kategori terbuka lelaki telah menaikkan semangat pemain pasukannya untuk berentap sebaik mungkin.

"Kami masih baru dalam arena futsal tetapi kami akan cuba berentap bersungguh-sungguh sebab tertarik dengan tawaran hadiah begitu lumayan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mazlan berkata, sebelum ini pasukannya hanya bermain bola sepak padang dengan nama Bukit Kiara Resort sebelum bertukar kepada nama sekarang untuk menyertai kejohanan futsal anjuran Kosmo!.

"Minat bermain bola di padang yang besar akan beralih pula ke gelanggang yang lebih kecil dan demi futsal ini, kami berlatih sedaya yang boleh memandangkan setiap seorang daripada kami mempunyai komitmen kerja.

"Kami ibaratkan Sabiq FC umpama kuda yang pantas dan tangkas dalam gelanggang futsal nanti," katanya.

Semua pemain Sabiq FC merupakan kakitangan Bukit Kiara Equestrian and Country Resort di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: