Thursday, May 5, 2011

Perodua optimis jual 195,000 unit kenderaan

Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua) mampu mengekalkan sasaran menjual 195,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini meskipun mengalami gangguan kekurangan sementara terhadap komponen dan alat ganti yang diimport dari Jepun ekoran kejadian Tsunami Mac lalu.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua meramalkan keadaan bakal pulih seperti kedudukan biasa dan meneruskan kerja-kerja pembuatan sepenuhnya Julai ini.

“Kerja-kerja pembuatan juga semakin pulih dan secara purata, pecahan pembuatan kereta sepanjang Mac hingga Jun tahun ini mengikut model dianggarkan, 15.7 peratus bagi MyVi, tujuh peratus Viva dan, 7.5 peratus Alza,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Melihat prestasi itu, beliau berkata, tidak mustahil untuk Perodua mencapai sasaran kerana disokong penuh oleh rakan automotif Jepun seperti Daihatsu Motor Company (DMC), serta komitmen dan kerja keras semua pihak terutama bahagian jualan, pasukan pembuatan, pembekal, dan rakan niaga,” katanya.

Menurutnya, pencapaian itu juga akan menjadi penanda aras bagi Perodua untuk lebih yakin dan kompetatif sekali gus memenuhi permintaan pelanggan selaras dengan kehadiran model kereta kompak baru yang dijadualkan antara Mei hingga Ogos tahun ini.

“Sokongan pelanggan jelas apabila prestasi gaya pendaftaran bulanan kenderaan semakin menghampiri sasaran jualan dan terdapat peningkatan berterusan. Ini dapat dibuktikan apabila pencapaian April 2011 telah mencecah 13,8000 unit dan ,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: