Wednesday, May 18, 2011

Peraduan Digi untuk rebut Honda City



Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memberi peluang pelanggan menang mudah dengan tawaran hadiah bernilai RM1 juta menerusi peraduan ‘Digi Senang-Senang Menang’ dikendalikan menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS).

Selama lapan minggu bermula 18 April hingga 12 Jun 2011 pelanggan pra bayar Digi yang menyertai peraduan itu berpeluang mendapat utama sebuah kereta Honda City setiap minggu di samping 56 unit hadiah harian.

Ketua Internet Mobil dan Perkhidmatan Data, Praveen Rajan, berkata, peraduan ini adalah peluang terbaik untuk pelanggan dan pendekatan syarikat dalam menghargai pelanggan setia menggunakan cara lebih unik dan tersendiri. Katanya, pada ketika ini lebih 100,000 penyertaan telah diterima.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: