Wednesday, May 18, 2011
Gabungan khasiat Cocoa Collagen
Sekalipun perniagaan berasaskan kecantikan ‘ibarat cendawan tumbuh selepas hujan’, namun Kaktus Gurun Sdn Bhd yakin produk pertama keluaran syarikatnya, Cocoa Collagen Beauty Drink bakal diterima baik di negara ini.
Dengan menggunakan ramuan kacip fatimah, buah koko dan kolagen, Pengurus Kaktus Gurun Sdn Bhd, Noraini Mustafa percaya gabungan tiga unsur itu dapat memberi keberkesanan lebih kepada penggunanya khususnya wanita.
“Produk minuman kecantikan ini berbeza dengan jenama lain kerana ia tidak menggunakan banyak ramuan yang kesemuanya mempunyai khasiat tersendiri dalam menjaga kecantikan kulit sekali gus membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita,” katanya semasa ditemui Sinar Harian di Putrajaya.
Menurutnya, walaupun produk terbabit baharu empat bulan diperkenalkan di pasaran, namun sambutan diterima memberangsangkan.
Beliau berkata, proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) produk Cocoa Collagen Beauty Drink mengambil masa hampir dua tahun dengan pelaburan lebih RM100,000.
“Kebanyakan pengguna yang sudah mencuba produk Cocoa Collagen Beauty Drink berpuas hati dengan hasilnya dan membeli kotak seterusnya untuk mendapatkan hasil lebih baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: