Wednesday, May 11, 2011

Pelajar nyaris jadi keldai dadah


NORDIN menunjukkan heroin yang berjaya dirampas daripada dua lelaki Nigeria dan seorang wanita tempatan pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kegiatan jahat seorang wanita tempatan yang bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria mengurung dua pelajar kolej di sebuah apartmen untuk dijadikan keldai dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan di Puchong dekat sini Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia di antara 25 dan 28 tahun itu ditahan pukul 2 pagi selepas polis menjalankan risikan sebaik menerima maklumat mengenai dua pelajar wanita tersebut yang dipaksa menyeludup dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kedua-dua mangsa berusia 21 tahun itu diarahkan menyeludup enam kapsul heroin dan dua paket plastik heroin gred tinggi selain ganja bernilai RM28,7000 ke China.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: