Wednesday, May 11, 2011

Tiga maut treler terbabas


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Abd. Halim yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Mahsan-Bahau, Jempol semalam.


JEMPOL - Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sepuluh buah kenderaan di Kilometer 1 Jalan Mahsan-Bahau di sini semalam.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah treler 21 tan, Proton Iswara, dua buah lori, Perodua Kembara, dua buah motosikal, Proton Wira, Proton Waja dan Toyota Avanza.

Kejadian pukul 11.20 pagi itu mengakibatkan pemandu treler, Abd. Halim Omar, 33, dan kelindannya, Nordin Ahmad, 45, maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam treler. Turut maut ialah pelajar Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noor Azman, 20, yang menunggang sebuah motosikal Yamaha Lagenda. Mayatnya terperosok di bawah perut treler.

Mereka yang cedera pula ialah Mohd. Afiq Ghazali, 21; Mohd. Faiz Mohd. Nasarudin, 26; Mohd. Haidir Nordin, 20; Loh Kim Hoon, 34, dan Mohd. Ariffin Amat, 50.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: