Monday, May 23, 2011

Operasi Bongkar Kerugian Jutaan Ringgit

Pemberi dan penerima rasuah tidak akan terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang.

Perlombongan pasir

> Sepanjang 2010 SPRM menerima 410 maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam pengeluaran bahan batuan pasir.

> 45 kertas siasatan telah dibuka, menghasilkan 43 tangkapan.

> 22 orang telah dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyelewengan isu pasir.

> Dua kes selesai perbicaraan - Seorang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM20,000.

> Seorang lagi didapati tidak bersalah dan dibebaskan mahkamah. Bagaimanapun, rayuan Mahkamah Tinggi telah dibuat.

> Kes perbicaraan masih berjalan bagi pertuduhan lain.

> Sepanjang ‘Ops Pasir’ nilai suapan adalah sebanyak RM321,528.40.

> Dianggarkan 3,000 lori digunakan untuk mengangkut pasir dalam setahun dan kerugian kerajaan mencecah hampir RM600 juta.

> Bagi kes penyeludupan pasir ke negara jiran anggaran kerugian yang ditanggung adalah sekitar RM145 juta setahun dengan hanya mengambil kira pasir yang diangkut dengan kapal berkapasiti 4,000 hingga 5,000 tan sebanyak dua kali sehari.

Pembalakan haram

> Sepanjang 2010 SPRM menerima 46 maklumat amalan rasuah berkaitan pembalakan haram berbanding 32 maklumat tahun 2009.

> DI JOHOR- SPRM menyita ribuan batang balak pelbagaib jenis dan saiz yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di Felda Nitar Timur berdekatan Hutan Simpan Mersing.

> Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, lebih 10 kenderaan berat yang digunakan turut disita.

> DI PERAK- Julai 2010, SPRM dan Jabatan Perhutanan Perak menemui kira-kira 800 batang balak yang sudah ditebang dianggarkan bernilai lebih RM250,000 di Hutan Simpan Bintang Hijau Lenggong.

> Kegiatan pembalakan haram ditumpaskan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dengan rampasan ratusan batang balak yang baru dipotong dengananggaran nilai jutaan ringgit.

> Siasatan awal mendapati pembalakan masih diteruskan walau telah tamat tempoh, malah membabitkan pokok-pokok balak di luar kawasan dibenarkan.

> Insiden yang sama turut berlaku di beberapa kawasan lain seperti di Hutan Simpan Tersang, Raub, Pahang.

> Hasil siasatan mendapati kayu terbabit dijual kepada pembeli dengan harga sehingga RM2,500 setiap satu tan.

> DI KEDAH Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua Renjer Hutan ditahan atas kesalahan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 melalui ‘Ops Balak’.

> Beberapa orang awam yang bersekongkol dengan penjenayah telah diheret ke muka pengadilan.

> DI SELANGOR dua orang awam didakwa kerana memberi wang kepada Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Selangor untuk tidak menyita sebuah lori tidak berdaftar, sebuah jentolak jenis Caterpillar dan sebuah jengkaut yang digunakan untuk aktiviti pembalakan haram.

> Dalam operasi yang dijalankan sepanjang ‘Ops Balak’, balak yang ditebang secara haram dan disita dianggarkan bernilai RM8.95 juta.

Kebocoran pintu masuk negara

> Risikan SPRM menganggarkan 1,000 hingga 1,500 pendatang tanpa izin (PATI) masuk ke Malaysia setiap hari.

> Dianggarkan 35 peratus daripada jumlah itu telah membayar rasuah antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen.

> Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat ketidakpatuhan prosedur imigresen berpunca daripada amalan rasuah.

> SPRM mendapati wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya pembabitan mereka yang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.

> Hasil operasi 11 pegawai imigresen dan tujuh orang awam ditangkap.

> Keseluruhannya sebanyak RM231,608.36 wang tunai dalam akaun simpanan pegawai terbabit telah disita.

> Jumlah nilai aset yang disita berjumlah RM117,400.

Kerugian berbilion ringgit di Sime Darby Berhad

> ‘Ops Billion’ di Sime Darby Berhad membawa kepada tiga tangkapan pegawai kanannya.

> Tangkapan pertama melibatkan pegawai yang menerima rasuah bernilai RM200,000 dan RM10,000 sebulan selama 18 bulan.

> Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

> Tangkapan kedua melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa atas dua kesalahan menerima rasuah dalam bentuk cek bernilai RM99,000.

> Tangkapan ketiga melibatkan rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600 dan seutas jam tangan Rolex berharga RM21,700.

Subsidi diesel

> Dianggarkan kerajaan menanggung rugi sebanyak RM257 juta dalam tempoh lima tahun akibat amalan rasuah dan penyelewengan subsidi diesel.

> Operasi yang dinamakan ‘Ops Nano’ melibatkan SPRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berjaya menahan 36 individu dan menyita 458,000 liter bernilai lebih setengah juta ringgit.

> Wang suapan bernilai RM90,000 turut dirampas daripada anggota Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: