Sunday, May 15, 2011

Lohan sah dipenjara


Lindsay Lohan


AKTRES kontroversi, Lindsay Lohan dijatuhkan hukuman penjara empat bulan Khamis lalu selepas mengaku bersalah mencuri seutas rantai emas bernilai AS$2,500 (RM7,750) di sebuah kedai di Los Angeles pada Januari lepas.

Lohan, 24, yang tidak hadir dalam perbicaraan di mahkamah bagaimanapun bakal menjalani hukuman tersebut selama 16 hingga 17 hari menerusi perintah tahanan di rumah.

Lohan sebelum ini pernah ditahan di penjara dan pusat pemulihan dadah selama hampir empat tahun pada mulanya mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut.

“Saya gembira hal ini (kes mencuri rantai) sudah berlalu serta akan meneruskan hidup dan karier seperti biasa malah saya bersetuju dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim kerana saya perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku,” kata Lohan.

Berikutan itu, hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Stephanie Sautner menjatuhkan hukuman larangan memasuki mana-mana bar selama 120 hari, 480 jam melakukan perkhidmatan komuniti serta mengarahkan Lohan untuk melapor diri ke penjara pada atau sebelum 17 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: