Sunday, May 15, 2011

4minute akui kekok




MEMANG agak sukar mahu menukar imej garang kepada imej comel dan manja dalam sekelip mata. Itu yang dihadapi oleh kumpulan 4minute apabila mereka terpaksa membuat transformasi itu untuk lagu terbaru mereka berjudul Heart to Heart.

Malah, ada pihak yang mendakwa mereka sebenarnya telah kembali ke ‘masa lampau’ dari aspek konsep.

“Kami sebenarnya dah terbiasa dengan imej yang agak agresif kerana dari awal kemunculan, kami sudah dibiasakan begitu.

“Jadi apabila disuruh berlagak comel dan manja di hadapan kamera untuk Heart to Heart, terasa kekok pula. Tetapi kami faham, ini adalah demi kesesuaian lagu itu,” katanya.

Menurut Jihyun, mereka tidak mempunyai masalah jika berkelakuan demikian ketika menyanyi bersama-sama teman-teman daripada kumpulan lain.

“Kami rasa kekok jika terpaksa menari dengan gerakan comel dan bersahaja untuk lagu sendiri. Perasaan ini sungguh pelik,” kata ketawa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: