Sunday, May 15, 2011

Anang-Ashanti rancang kahwin




PASANGAN duet terkenal dan juga pasangan kekasih, Anang Hermansyah dan Ashanty akan mengumumkan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi, namun tarikh dan tempat masih belum dinyatakan secara rasmi.

Anang dan Ashanty melalui peguam mereka, Hotman Paris Hutapea menyatakan hasrat tersebut di Plaza Indonesia, Jakarta Pusat, malam Isnin lalu.

“Ya, tadi Anang dan kekasihnya Ashanti mengajak saya makan, rupanya ingin mengajak berbincang mengenai masa depan hubungan mereka. Mereka berdua ingin menjalinkan hubungan dengan lebih serius dan ingin memeterainya di jenjang pelamin,” ujar Hotman di samping Anang dan Ashanti.

Tambah Hotman lagi, pasangan tersebut ketika ini hanya menunggu hari perkahwinan mereka sejak merasmikan hubungan mereka baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: