Wednesday, May 25, 2011

Jennifer Lopez lancar album Love


Jennifer Lopez


LOS ANGELES 24 Mei - Penyanyi Jennifer Lopez yang muncul dengan album terbarunya Love selepas empat tahun berehat daripada bidang nyanyian berkata, anak kembarnya banyak memberi inspirasi kepada penerbitan album itu.

Beliau yang juga pelakon berkata, menerusi Love dia cuba meneroka pelbagai persoalan tentang cinta.

"Emme dan Max banyak memberikan inspirasi kepada muzik dalam album ini. Album ini juga memaparkan pelbagai aspek cinta.

"Muziknya merupakan kombinasi pelbagai pengaruh. Lagu-lagu dalam album ini benar-benar mewakili saya, tetapi digarap mengikut cita rasa terkini," katanya dalam satu wawancara melalui e-mel kepada agensi berita IANS.

Album Brave merupakan album terakhir Lopez yang diterbitkan pada 2007.

"Sebagai seorang artis rakaman, saya rasa saya berjaya menyatukan muzik, tarian dan identiti saya dalam album ini," katanya yang berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony.

Lopez, 41, berkata, dia juga berhasrat menerbitkan Love dalam versi Sepanyol.

"Saya telah merakamkan beberapa lagu dalam bahasa Sepanyol. Saya mahu menghasilkan satu album penuh dalam bahasa Sepanyol," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: