Sunday, May 8, 2011

Insentif khas kerana daftar awal

KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pasukan yang mendaftar untuk menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 29 Mei ini.

Jika bertuah, pasukan anda berpeluang memenangi hadiah insentif wang tunai dan hamper.

Jurucakap sekretariat kejohanan, Asan Ahmad berkata, pemberian hadiah insentif itu merupakan tanda penghargaan akhbar Kosmo! kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan futsal pada tahun ini.

Katanya, hadiah insentif yang pertama akan diberi dalam bentuk cabutan bertuah iaitu 100 pasukan terawal mendaftar dan membayar yuran penyertaan masing-masing.

Kesemua mereka akan dipilih melalui satu cabutan bertuah.

''Mereka akan menerima hamper sumba- ngan penaja dan cabutan bertuah itu akan dilakukan semasa kejohanan berlangsung nanti.

"Hadiah insentif kedua berupa hadiah wang tunai dan hamper. Ia akan diberikan kepada pasukan yang terpilih sebagai pasukan yang mendaftar pada nombor-nombor istimewa antaranya pasukan pertama dan pasukan yang ke-500 mendaftar. Mereka akan menerima wang tunai RM1,000,'' katanya di sini semalam.

Tambah Asan lagi, tawaran tersebut terbuka kepada pasukan yang mendaftar dan membayar yuran penyertaan sehingga 14 Mei ini.

Bagaimanapun, pasukan yang mendaftar dan menjelaskan yuran selepas tarikh tersebut tidak layak untuk mendapat hadiah dan insentif yang disediakan.

"Tarikh 14 Mei hanya untuk insentif, namun tarikh tutup penyertaan kejohanan masih kekal pada 19 Mei ini,'' ujarnya sambil menambah pemilihan yang dibuat adalah muktamad.

Nama-nama pemenang akan disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan edisi Kosmo! online, facebook Futsal Kosmo! dan laman web http://www.kosmofutsal.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: