Thursday, May 5, 2011

Fir teruja berlakon dengan Rozita Che Wan

Pernah dulu Fir Affandi impikan untuk bertemu pelakon idola yang sering ditonton di kaca TV. Hari ini pelakon itu, Rozita Che Wan berlakon bersama-samanya dalam sebuah telefilem hot terbitan Zeel Production, Diari Kakak Senior.

Fir salah seorang pelakon yang ditawarkan watak pembantu dalam telefilem hangat yang menggandingkan Rozita dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir. Apatah lagi hubungan baik mereka diperkatakan saat ini. Ada yang membuat telahan pasangan itu sedang bercinta.

Fir mahu serius dalam bidang seni.

"Saya sangat teruja berlakon di samping Rozita kerana saya memang meminatinya sejak dulu," kata Fir semasa ditemui ketika mengambil skrip telefilem itu di Kuala Lumpur kelmarin. Kebetula saya ada di sana bersama pemiliknya Fadzil Teh.

Pemilik nama penuh Firdaus Affandi, 22, itu tak sangka namanya mula mendapat perhatian secara tiba-tiba walaupun percubaannya untuk menempatkan diri sebagai pelajar AF9 tidak kesampaian. Kelibatnya yang hanya muncul dua minggu di pentas konsert mingguan AF memberi impak besar dalam kerjaya seninya.

"Saya akan mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan bakat saya. Saya rasa bertuah kerana turut tersenarai berlakon dalam telefilem yang menjadi perhatian ramai inii.

"Dalam teruja itu, ada juga perasaan takut kerana saya masih baru dan tak banyak pengalaman berbanding pelakon lain," katanya yang kini berada Kangar, Perlis untuk memulakan penggambaran di sana.

Turun Kuala Lumpur terus dapat skrip lakonan daripada Zeel Production.

Diari Kakak Senior turut menampilkan Tomok, Aida AF9, Lia Natalia (Pilih Kasih 2) dan ramai lagi. Penggambaran dijangka mengambil masa seminggu. Telefilem itu sepatutnya dimulakan lebih awal, namun demi mencari masa pelakonnya yang sibuk, ia tertangguh. Diari Kakak Senior akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.

"Bila berlakon dengan orang terkenal ini akan memberi semangat kepada saya untuk berlakon sebaik-baiknya," kata Fir yang sudah ditawar berlakon beberapa drama termasuk bersama pengarah Michael Ang.

Malu dipanggil Fir AF9

Fir akui kemunculannya di AF9 baru-baru ini membuatkan ada yang mula memanggilnya sebagai Fir AF9. Dia akui tak selesa dengan panggilan itu kerana dia bukanlah pelajar AF9.

Berjanji jaga nama baik keluarga.

"Saya mahu dikenali sebagai Fir Affandi sahaja. Saya akui AF ada ramai peminat, tapi saya rasa saya tak layak dikaitkan dengan AF kerana saya tidak diterima.

"Saya rasa rendah diri sangat dan malu kalau ada yang memanggil saya Fir AF9. Saya segan sebenarnya. Apatah lagi ia mengingatkan saya kepada saat-saat sedih apabila saya menangis setelah diumumkan tidak terpilih," imbau Fir yang peramah orangnya itu.

Fir kini sudah menetap di ibu negara kerana mahu serius menjadi anak seni. Dia tinggal bersama saudaranya yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur.

Fir tak mahu jaja kisah cinta.

Sebagai perantau di tempat orang, Fir berjanji kepada keluarga untuk menjaga diri dan mengelak daripada memburukkan nama baik keluarganya.

"Saya mendapat sokongan keluarga dan mereka mahu melihat saya berjaya dalam bidang yang saya minati ini. Saya akan ingat pesan mereka untuk sentiasa berbuat baik di tempat orang. Apatah lagi mereka tiada bersama saya," kata Fir yang sangat rapat dengan ibunya.

Jaga penampilan diri

Fir juga seorang yang mengambil berat terhadap kebersihan dan penjagaan kesihatan. Menyedari mukanya bermasalah kulit sensitif, Fir sanggup berhabis untuk menjaganya.

"Dulu kulit saya tidak sensitif, tapi setelah terlibat dalam bidang peragaan di Kuching, Sarawak, saya kerap bertukar alat solekan sehingga kulit saya jadi sensitif.

"Sebab itu saya mendapatkan produk penjagaan kecantikan untuk menjaga kulit saya. tak apalah kita berhabis sikit daripada melihat muka kita rosak," katanya yang kini sedang mengenali hati budi seorang gadis di Kuching.

Fir enggan bercerita pasal hal peribadi kerana mahu memberi tumpuan kepada lakonan. Apatah lagi dia masih baru dan tak mahu dikatakan menjaja kisah peribadi untuk mendapat perhatian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: