Thursday, May 5, 2011

Remy Mohon Maaf!

Banyak rungutan yang didengar tentang pelakon kacak berusia 30 tahun, Remy Ishak. Pelakon yang mula dikenali selepas memegang watak Adam dalam drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 dua tahun yang lalu itu mula tempias cerita negatif.

Remy Mohon Maaf

Kalau pada awal kemunculannya, emy dicop sebagai pelakon bermasalah kerana sukar dihubungi dan kurang berdisplin, kini ketika filem lakonannya yang paling dinanti-nanti nak menjengah panggung, sekali lagi lelaki ini menimbulkan kontroversi.

Dikatakan berkelakuan biadap sewaktu menjayakan fotografi bersama beberapa media, Remy dilihat semakin keras kepala dan kurang menghormati orang lain.

Bertemu Remy pada majlis pra-tonton filem Nur Kasih The Movie hari ini, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. Hanya memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang dengan sikapnya.

"Apa yang boleh saya cakap sekarang ini, saya minta maaf! Kadang-kadang yang terkeluar itu di luar kawalan kita untuk menghalang.

"Namun, apa-apa pun saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya hanya mahu fokus tentang kerjaya dan watak-watak yang akan saya lakonkan di kemudian hari.

"Secara jujurnya, saya memang tidak berniat untuk memanjang-manjangkan lagi perkara ini. Apa yang tertulis di laman sosial Twitter dan Facebook saya tidak pernah ditujukan kepada sesiapa, apa yang tertulis hanya apa yang terlintas difikiran saya dan tiada kaitan dengan sesiapa," jelas Remy.

Remy ikatakan meluahkan perasaaannya di laman Twitter selepas dikatakan bengang dengan beberapa media.

"Saya anggap semua yang berlaku ini adalah salah faham dan dalam keadaan ini, nasib tidak menyebelahi saya. Setiap manusia melakukan kesilapan, dan saya bukanlah seorang yang begini jika mereka mengenali saya kerana saya biasanya lebih banyak memendam rasa,"sambungnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: