Thursday, May 5, 2011

Koleksi penuh fantasi

REALITI MAGIK...gaya rambut tinggi menjadi pilihan Woo.
REALITI MAGIK...gaya rambut tinggi menjadi pilihan Woo.

SETIAP kali menjelang musim baru, ada saja perubahan yang dapat disaksikan terutama daripada sudut fesyen dan gaya hidup.

Transformasi lebih segar dan moden itu dikatakan perlu kerana jika tidak, ia akan ketinggalan dan melawan aliran perubahan.

  • Foto

    UNIK...gaya ala tanduk rusa sentuhan kreatif Au.

  • Foto

    LANGKAU IMAGINASI...antara gaya rambut yang diperagakan.

  • Foto

    BERANI...Nicomedes bersama tiga gaya rambut yang dihasilkan.

  • Foto

    GELAP KLASIK...rekaan daripada Chan yang mengangkat tema Dark Innocence.

Bagi penggemar fesyen, musim bunga dan panas paling dinanti kerana ketika itu ia menampilkan himpunan dan rekaan yang lebih segar dan kontemporari.

Tidak ketinggalan, solekan dan fesyen mahkota keagungan setiap insan, rambut turut mengalami perubahan seiring dengan musim.


Jenama terkenal, L’Oreal Professional melakukan transformasi mengujakan untuk 2011 apabila menampilkan koleksi gaya terbaru bagi memeriahkan lagi keceriaan musim bunga dan panas kali ini.


Koleksi unik melangkaui imaginasi itu amat berbeza daripada gaya rambut biasa dan penuh fantasi.

Tidak hairan jika penonton yang menghadiri Minggu Fesyen Suria KLCC baru-baru ini, tidak berganjak dari tempat duduk mereka ketika jenama berkenaan memperagakan koleksi gaya rambut itu.

Lima duta L’Oreal Professional, Albert Nicomedes, Andy Chan, Kevin Woo, Simon Koh dan Miko Au, menampilkan pelbagai gaya rambut unik yang tidak terjangkau oleh minda.

Koh daripada Elle Hair Studio & Academy menampilkan gaya rambut unik bertemakan Enchanted Forest manakala Au pula memukau hadirin dengan rekaan Wonderland.

Kreativiti Au jelas terserlah menerusi tiga gaya rambut menarik yang ditampilkan iaitu ala akar kayu, tanduk rusa dan kerinting halus.

Turut tidak mengecewakan, Woo daripada Centro Hair Salon memperagakan tiga gaya rambut tinggi yang unik dengan tema Magical Reality. Memang sukar untuk diterima tetapi itulah fesyen, semuanya tidak mustahil.

Bagi Chan, dia memilih untuk menampilkan gaya rambut yang cukup klasik dengan tema Dark Innocence. Pemilik Andy Chan Hair Studio itu nyata kreatif apabila menjadikan gaya rambut tidak ubah seperti penutup mata dan muka selain membiarkan sedikit untuk melindungi dada dan leher.

Paling unik, gaya rambut ala kerusi yang ditampilkan Nicomedes memang membuatkan hadirin tertanya-tanya kerana ia sememangnya menutupi keseluruhan kepala.

Namun, eksperimen Nicomedes yang bertemakan Topsy Turvy itu wajar diberi pujian kerana dia berani membawakan kelainan yang tidak terfikir oleh orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: