Wednesday, May 25, 2011

Ayamas perkenal minuman



Ayamas, anak syarikat milik KFC Holdings (Malaysia) Berhad, melebarkan sayap dengan pengenalan dua produk pati minuman kesihatan.

Produk Ayamas Traditional Essence of Chicken dan Nur Kasih Prune Essence dicipta berdasarkan resipi tradisional yang mematuhi piawaian pengeluaran tertinggi Ayamas.

Pengarah Urusan KFC Holdings, Jamaludin Md Ali berkata, produk itu bakal memasuki pasaran Jun ini, dilihat berlainan dengan produk sedia ada disebabkan kualiti dan keaslian bahan serta kaedah pemampatan dalam penghasilannya.

“Produk ini bebas bahan berlemak, kolesterol dan pengawet sekali gus mengekalkan khasiat bahan yang diambil segar dari perun ayam.

“Produk ini amat sesuai dinikmati seisi keluarga bagi semua peringkat umur terutama dalam mengekalkan tahap kesihatan optimum,” katanya dalam satu kenyataan.

“Manakala, bagi golongan wanita, Nur Kasih Prune Essence adalah pilihan tepat kerana mempunyai resipi rahsia dalam mengekalkan kecantikan tubuh,” katanya.

Kedua-dua produk kini boleh didapati di Kedai Ayamas seluruh negara dengan harga RM31.90 untuk Ayamas Traditional Essence of Chicken dan RM21.90 bagi Nur Kasih Prune Essence.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: