Wednesday, May 25, 2011

Lenovo fokus tingkat kedudukan



Lenovo Technology Sdn Bhd berhasrat meningkatkan kedudukan dalam industri pengkomputeran di Malaysia seiring pengenalan beberapa produk baru sepanjang tahun ini.

Pengurus Negara Bahagian Rumah dan Perniagaan Kecil Sederhana, Sunny Ooi berkata, menurut kajian International Data Corporation (IDC), Lenovo Malaysia mencatatkan penguasaan pasaran sebanyak 7.3 peratus bagi suku pertama tahun ini.

Menurutnya, pencapaian itu membolehkan Lenovo berada di kedudukan kelima dalam segmen pengkomputeran di Malaysia.

“Sasaran kami sudah tentulah ingin meningkatkan posisi tertinggi dan lebih kukuh di pasaran negara ini.

“Kami menyasarkan peningkatan berlaku dari setiap suku bagi tahun ini,” katanya semasa pelancaran kempen Enhance, Enrich, Exchange di Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan.

Kempen itu dilancarkan bertujuan menyediakan pelbagai faedah dan nilai tambah kepada pelanggan Lenovo.

Kempen dua minggu mulai 16 Mei itu, menawarkan klinik mudah alih percuma, pengenalan produk terbaru Lenovo dan program tukar beli netbook dan notebook.

Seiring dengan pelancaran kempen tersebut, Lenovo turut memperkenalkan lima produk baru, Lenovo IdeaPad Z370 dan Z470, IdeaPad Y470, IdeaPad S100 dan Lenovo H330.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: