Monday, May 2, 2011

Adi Putra lancar buku matematik


Adi Putra menunjukkan buku Seni Matematik Islam selepas pelancarannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.


GENIUS. Kanak-kanak pakar matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 12, melancarkan buku sulungnya, Seni Matematik Islam sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Buku itu memaparkan teori ciptaan Adi Putra mengenai kaedah belajar matematik secara santai. Karya setebal 200 halaman itu dijual sejak dua minggu lalu pada harga RM40.20 senaskhah."Sejak ia dipasarkan, sudah 3,000 naskhah buku telah terjual,'' katanya.

Kepintaran Adi Putra mula mendapat perhatian pada tahun 2005 apabila dia yang pada waktu itu hanya berusia lima tahun, memiliki kemahiran setaraf profesor matematik di universiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: