Monday, May 2, 2011

300 nelayan dakwa kehilangan kuota Kecewa tiada diesel subsidi


SEBAHAGIAN daripada nelayan Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas menunjukkan tong kosong selepas tidak mendapat bekalan petrol dan diesel bersubsidi semalam.


KEPALA BATAS – Kira-kira 300 nelayan dari Kampung Kuala Muda, Penaga di sini berang apabila mereka gagal mendapatkan bekalan petrol dan diesel bersubsidi sejak Jumaat lalu.

Rata-rata mereka yang ditemui semalam mendakwa, masalah itu disebabkan oleh gangguan talian menyebabkan mereka kehilangan kuota untuk mendapatkan bekalan diesel dan petrol bersubsidi yang sepatutnya diberikan kepada mereka pada hari berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, sistem baru yang memerlukan setiap nelayan mengimbas MyKad bagi mendapatkan bahan bakar tersebut menggantikan kad e-petrol yang digunakan sebelum ini turut menimbulkan masalah.

Ahli Persatuan Nelayan Kuala Muda, Md. Yusof Baharom, 62, memberitahu, kesukaran untuk mendapatkan petrol dan diesel bersubsidi itu telah menyebabkan nelayan terpaksa membeli bahan bakar tersebut pada harga biasa bagi membolehkan mereka turun ke laut.

“Jika tidak beli (petrol dan diesel), kami tidak dapat turun ke laut dan apabila beli pada harga biasa, kos kami sudah meningkat dan ia sudah tentu membebankan kami jika hasil tangkapan tidak seberapa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: