![]() |
| Nikmati steak hasil tangan chef terlatih. |
ROSLI Rashid dan Roslan Zainol Abidin memang gemar makan dalam suasana penuh gaya. Jika hendak makan, mereka akan mencari restoran yang cantik dan makanan yang dihidangkan nampak menarik.
Daripada kreativiti seni kulinari dan rekaan hiasan dalaman yang terhasil daripada idea mereka sendiri, Rosli dan Roslan membuka restoran yang diberi nama MonRods (singkatan nama Rosli yang dipanggil Simon dan Roslan yang dipanggil Rods).
Kata Roslan, Restoran Monrods diasaskan seiring gaya rasa dan keriangan sesuai bagi mereka yang juga mempunyai cita rasa yang sama dengan mereka.
Dengan tag line, Kelainan Jadi Sebutan, pelanggan yang mampir pasti dapat merasai kelainan empat hidangan nasi ayam Monrods yang unik.
Hidangan Di Istana merupakan nasi ayam berempah di mana ayam yang dihidangkan bersama nasi ini digoreng berempah.
Di Panggang pula menjadi pilihan mereka yang sukakan pedas kerana dihidangkan bersama sambal belacan. Rasa sambal yang pedas masam sudah pasti memenuhi selera masyarakat Malaysia.
Di Madu adalah nasi ayam yang dihidangkan bersama ayam goreng madu yang manis dan menjadi pilihan mereka yang tidak suka pedas.
Manakala Di Hainan pula menjadi pilihan mereka yang sukakan ayam yang dikukus gaya masakan Cina.
Apa pun keempat-empat jenis nasi ayam ini memenuhi selera setiap masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.
Menurut Roslan, Monrods yang dibuka di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, dari pukul 11 pagi hingga 12 malam mula beroperasi pada 8 Februari lalu.
''Kami memilih nasi ayam sebagai hidangan istimewa kami kerana nasi ayam mempunyai kombinasi yang memenuhi selera setiap orang.
''Ini amat bersesuaian dengan golongan pekerja pejabat yang mahukan hidangan ringkas, sedap, cepat dan paling penting pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM7 sahaja,'' kata Roslan ketika ditemui di Monrods, Shah Alam baru-baru ini.
Selain nasi ayam, pelanggan juga boleh menikmati jenis hidangan lain seperti hidangan Barat, iaitu steak, fish & chips, spageti dan banyak lagi.
Pada waktu minum petang pula, Monrods menyediakan makanan ala kampung mi rebus, cucur kodok, cucur ikan bilis, cucur keledek dan ubi kayu rebus yang dimakan bersama ikan bilis dan kelapa parut.
Semua resipi hidangan disediakan oleh empat orang chef yang memiliki Ijazah Kulinari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Istimewa bagi pelanggan Monrods, bawa keratan artikel ini dan dapatkan diskaun sebanyak 20 peratus setiap kali anda menikmati hidangan di sini (untuk tempoh setahun bermula dari tarikh artikel ini disiarkan).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: