Monday, March 22, 2010

Tasha gadis litar




BERMULA sebagai peragawati biasa, Zahiratul atau lebih dikenali sebagai Tasha, mengorak langkah setapak demi setapak sebelum menumbuhkan agensi model.

Kini selepas sedekad, dia mula mengambil langkah dengan

mengajak anak-anak muda khususnya yang gemar melepak menceburi bidang ini.

"Saya lihat ramai wanita muda yang gemar melepak di pusat-pusat membeli-belah seperti KLCC. Dengan hati yang terbuka, saya akan menghulurkan kad nama dan memperkenalkan diri khususnya kepada mereka yang berpotensi. Bagi saya, masa mereka yang terbuang perlu diisi dengan aktiviti yang diminati. Kebetulan, pada masa ini ramai ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka menjadi peragawati atau model. Bahkan, ia menjadi kerjaya yang kian digemari," katanya.

Bercerita pengalamannya sebagai gadis litar, Tasha memang meminati sukan lasak. Kebetulan, dia gemar berjemur di bawah cahaya matahari yang panas. Antara petua yang diamalkan ketika berpanas, banyakkan minum air masak.

"Walaupun kerja ini nampak mudah tetapi kami sebenarnya turut memainkan peranan setiap kali pelumba berada di litar. Seperti perlumbaan Formula 1, Sepang (F1), 50 gadis litar dipilih melalui temuduga khusus. Hanya dengan kriteria tertentu, kami akan terpilih," katanya yang tidak sempat menyertai F1 awal April depan.

Selain F1, Tasha juga pernah terlibat dengan Le Tour De Langkawi dan Monsun Cup.

Bagi mengekalkan kesegaran badan, Tasha tidak lupa mengenakan minyak wangi.

"Saya gemar memakai One Drop Perfumes khususnya jenis wangian selebriti luar negara dalam kotak merah samar. Ia memang tahan lama dan setiap kali berjumpa dengan orang lain, mereka akan bertanya jenis wangian yang saya pakai," katanya yang boleh dihubungi melalui laman web sosial facebook; tasha_azna09@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: