Friday, March 26, 2010

Tambah pendeposit

AGROBANK yakin mencapai sasaran jumlah pendepositnya kepada lebih 2.5 juta orang tahun ini berbanding 2.2 juta yang dicatatkan pada tahun 2009.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said, berkata pihaknya percaya menerusi kempen depositnya dan produk baru yang akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini menjadi penyumbang kepada peningkatan yang disasarkan itu.


Katanya, Agrobank juga membuat penambahbaikan kepada skim simpanan dengan menyediakan akaun semasa yang akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat.


“Walaupun berdepan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Agrobank masih mampu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat RM182.02 juta pada 2009 iaitu meningkat 21.4 peratus berbanding 2008.


“Bagaimanapun, Agrobank sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan berterusan dan kempen deposit ‘Simpan & Dapat’ yang diperkenalkan pada tahun lalu juga menjadi penanda aras untuk merangka pelbagai program lebih menarik pada tahun ini,” katanya.


Ahmad Said berkata, Agrobank menjangka jumlah depositnya turut meningkat RM8.7 bilion tahun ini daripada RM5.9 bilion pada 2009 dengan pelancaran produk baru.


Menurutnya, Agrobank akan memperkenalkan sekurang-kurangnya enam produk baru tahun ini termasuk skim pinjaman perumahan pada suku kedua tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: