
YANGON - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, (gambar) 64, disahkan tidak layak menjadi calon untuk pilihan raya kebangsaan pertama negara itu sejak 1990, yang dijadual berlangsung pada akhir Oktober atau awal November depan.
Perkara itu disahkan pihak berkuasa negara tersebut di sini sempena dengan sambutan meriah Hari Angkatan Tentera Myanmar ke-65 tahun yang julung-julung kali diadakan di ibu negara baru di Naypyidaw, 320 kilometer ke utara Yangon, semalam.
"Calon yang disahkan pihak berkuasa akan mempunyai masa selama enam bulan untuk berkempen selepas mereka mendaftarkan diri dengan parti politik," kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan identiti kepada pemberita.
Langkah itu sekali gus menghalang Suu Kyi yang juga pernah menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 daripada menyertai proses pilihan raya dan menjadi calon kepada parti pimpinannya, Liga Demokrasi Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: