Sunday, March 28, 2010

Periuk api punca karam


SEBUAH kapal pegawal pantai Korea Selatan meninjau bangkai kapal perang Cheonan yang tenggelam Jumaat lalu.


SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan mengesyaki sebuah kapal tentera laut negara itu yang karam di perairan Laut Kuning lewat kelmarin mengalami kerosakan akibat satu letupan periuk api, kata sumber pejabat presiden yang dipetik media tempatan semalam.

Ia turut disahkan Jeneral Tentera Laut Korea Selatan, Lee Ki-Shik yang mendakwa, kapal Cheonan seberat 1,200 tan itu tenggelam disebabkan oleh letupan yang tidak jelas diketahui sehingga mengakibatkan bahagian bawah kapal itu berlubang.

Pihak pemerintah juga menyangkal teori kemungkinan nahas menyebabkan kapal perang tersebut karam 17 kilometer dekat Pulau Baengnyeongdo itu berpunca daripada bedilan torpedo oleh tentera Korea Utara.

Setakat ini 46 krew hilang, manakala 58 lagi berjaya diselamatkan dan ia merupakan tragedi terburuk selepas sebuah kapal tentera negara itu tenggelam akibat ribut kuat di tenggara Korea Selatan pada 1974 yang mengorbankan 159 anak kapal.

Sebanyak 10 buah kapal tentera negara itu terlibat dalam usaha mencari mangsa yang hilang namun, harapan untuk menemui semula mereka yang terselamat dijangka sukar ekoran cuaca sejuk sehingga lima darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: