Friday, March 12, 2010

Sasar jual 40,000 unit

HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) yakin dapat menjual 40,000 unit kenderaan jenama itu tahun ini menerusi pelancaran model baru Honda CR-V yang didatangkan dengan ciri perubahan terbaru dan dinaikkan taraf secara terperinci.

LANCAR...Toru (kiri) bersama Rohimie memperkenalkan Honda CR-V   di Putrajaya, semalam.
LANCAR...Toru (kiri) bersama Rohimie memperkenalkan Honda CR-V di Putrajaya, semalam.
Bagi model CR-V, syarikat menjangkakan dapat menjual sebanyak 4,200 unit sepanjang tahun ini.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toru Takahashi, berkata pihaknya sudah menerima tempahan awal sebanyak 1,200 unit bagi model CR-V baru terbabit.


Beliau berkata, sejak model itu diperkenalkan di negara ini pada 2007, ia berjaya dijual sebanyak 13,000 unit dan kini CR-V menjadi model kenderaan terunggul dengan penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus dalam segmen pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV).


“Kami yakin dapat mencapai 350 unit jualan sebulan bagi CR-V baru ini terutama pasaran di Malaysia, sekali gus mengekalkan penguasaan pasaran SUV walaupun berdepan dengan banyak saingan.


“Malah, syarikat juga sudah menyaksikan pertumbuhan kukuh dari segi tempahan dan jualan sejak dua bulan lalu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan model Honda CR-V di Putrajaya, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Rohimie Shafie dan Ketua Pemasaran Jualan Honda Malaysia, Go Suzuki.


Menurutnya, bagi Januari, syarikat mencatatkan jumlah jualan sebanyak 3,876 unit dan pada Februari berjaya mencatat jualan sebanyak 2,108 unit.


Katanya, dengan jumlah jualan 5,984 unit yang dicatatkan sepanjang dua bulan lalu, pihaknya percaya dapat mencapai sasaran keseluruhan tahun ini iaitu 40,000 unit berbanding 38,783 unit tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: